Ini belog jiwang gB yerrr…

Archive for September, 2012

Ada sesuatu bermain di situ…ya, di situ…

Di minda.

Ini entry pertama saya sejak bertukar angin. Luka di sana sudah sembuh, mungkin. Tak mahu ingat lagi. Tak mahu lagi. Betul lah bila ada yang meneka saya bertukar angin kerana membawa hati. Betul lah tuh. Tapi bukan lah 100% betul. Part of me memang nak environment yang baru. Hati yang terluka cuma sekadar pemangkin. Kalau terlalu selesa di sana mungkin saya masih di sana. Mungkin.

Minggu-minggu pertama di sini agak sunyi. Sebab saya pergi dengan membawa hati, tapi meninggalkan mereka yang saya sayang di sana. Pedih, tapi saya tahu sunyi itu takkan lama.

Saya dan sunyi bagai menjadi satu. Sejak lama dulu. Sebab tu bila terlalu disogok keramaian, saya kembali mencari sunyi.

Orang putih kata, space.

Tapi saya tahu eventually saya perlu berkongsi my precious space with someone. Someone yang membuatkan hidup saya tenang. Someone yang sayangkan saya.

Tapi sayang sahaja tidak cukup. Kan?

Advertisements

Tag Cloud