Ini belog jiwang gB yerrr…

Izinkan saya menulis dalam Bahasa Melayu bagi kali ini.

Saya mengaku, sejak akhir-akhir ini saya kerap merasa lelah dengan segala tugasan dan masalah yang datang bagai bertalu-talu. Saya terasa malas mahu bersosial. Saya malas mahu menjawab panggilan telefon dan malas mahu membalas pesanan ringkas di telefon. Bila ada yang mahu ajak berjumpa, saya mengelak kerana tiada rasa. Melainkan kalau ada urusan rasmi.

Sebetulnya, saya cuma mahu bersendirian, dan duduk sahaja di rumah bersama keluarga, temankan mak, atau mungkin berjalan-jalan dengan ahli keluarga sahaja. Keluarga sendiri lebih memenuhi jiwa saya berbanding dengan kawan-kawan.

Mungkin juga kerana saya sudah puas beraktiviti di luar bersama kawan-kawan. Cukuplah. Hampir tiada hasil aktiviti sebegitu melainkan sekadar mengisi masa lapang pada saat itu sahaja. Saat ini, saya lebih memikirkan tentang bagaimana cara mengisi masa dengan perkara yang lebih berfaedah dari berjumpa kawan-kawan, minum di mamak, bersembang tentang perkara yang tiada kesudahan. Mungkin ada yang beranggapan saya takkan berjumpa dengan masyarakat kalau terus bersikap demikian, tapi selama ini pun saya hanya jumpa kawan-kawan sendiri. Tidak juga bertemu jodoh walau bertahun aktif dengan komuniti.

Ada juga perasaan lain yang timbul terhadap teman-teman sendiri disebabkan kekerapan berjumpa. Tapi akhirnya jalan masing-masing juga yang dipilih. Atau untuk menambahkan perisa kasihan…ramai di antara mereka sudah bertemu calon teman hidup, sedang saya tetap sendiri juga. Akhirnya mereka kahwin, berzuriat…tapi saya tetap sendiri juga. Mereka berpesan supaya saya bertenang, bahawa jodoh itu di tangan Tuhan, bahawa saya kelihatan hebat walau tanpa teman: tapi itu kata mereka yang tidak pernah berada di tempat saya. Sedang jauh di lubuk hati saya mahu seorang yang mahu menjadikan saya teman hidup, bukan teman minum-minum di kedai makan.

Kalau beberapa tahun dahulu saya agak teruja jika ada lelaki yang cuba mengenali dan merapati saya, tapi sekarang perasaan itu semakin pudar. Secara jujur, perjalanan cinta saya ada turun naiknya. Ada waktunya saya dirapati oleh lebih dari seorang lelaki, tapi ada kalanya saya kembali sendirian tanpa sesiapa yang sudi memberi perhatian. Jika dahulu saya berminat untuk mengenali kembali lelaki yang cuba mengenali saya, tapi sekarang tidak lagi. Sekarang saya rasa perkara itu agak menakutkan tanpa saya tahu kenapa.

Untuk berpacaran? Nampaknya semakin lama saya jadi semakin serik. Serik mungkin kerana pelbagai punca. Mungkin kerana sudah penat memulakan semula segalanya di kala usia makin ranum. Dan mungkin juga kerana masih terasa kepedihan kisah lalu yang saya sendiri tiada penjelasan mengenainya. Terlalu naif, mungkin. Atau bodoh. Atau terlalu memandang kepada luaran hingga lupa melihat lebih jauh ke dalam. Terasa agak malu juga kerana tatkala usia ranum begini, saya masih belum bertemu cinta yang benar, apatah lagi calon teman hidup.

Terfikir juga tentang diri sendiri yang serba kekurangan lantas mungkinkah kerana itu tiada siapa yang mahu cuba menjaga. Disebabkan itu, saya mulai terasa kekurangan dan rendah diri yang serius saat saya mula menyedari akan adanya orang yang cuba mahu merapati. Bila perasaan sebegitu timbul, tidak boleh tidak saya akan lihat kawan-kawan dan orang lain yang sudah berumahtangga. Secara jujurnya, bukan semua bersifat seperti bidadari, tapi tetap bertemu jodohnya.

Saya faham ramai di antara masyarakat di luar akan memandang serong terhadap seorang yang sudah mencecah umur 30 tahun tapi belum berkahwin. Lantas segala jenis ayat tanya dan ayat penyata akan singgah di gegendang telinga atau di pelupuk mata sehingga ada di antaranya yang bersifat mengguris perasaan. Seolah-olah wanita seperti ini hina, malang, tidak laku, tiada siapa yang mahu, lantas terkeluarlah kata-kata seperti ’kasihan’ dan sebagainya. Alangkah bagusnya kalau kita semua boleh cuba belajar ilmu jiwa?

Izinkan diri saya mementingkan diri sendiri untuk sekali ini kerana sejujurnya, sudah terlalu penat saya menjaga hati dan perasaan orang lain yang sudah tentu ada yang mahu menjaganya. Kerana kalau saya tidak jaga hati dan perasaan sendiri, saya tentu akan menangis kesedihan di tengah malam di saat orang lain sedang penuh jiwanya dengan cinta.

Comments on: "Hati wanita adalah ibarat lautan dalam…" (12)

  1. sabar yea GB..
    jangan patah semangat.

    life is still beautiful to explore with or without a man by your side.

  2. hidup ini ujian. lalui dengan usaha ingin berjaya dalam ujian ini dan nantikan kebahgiaan apabila mendapat ganjaran perjuangan kelak.

    • kebahagiaan adalah satu bentuk ujian jugak kan kak? kalau kite alpa, kebahagiaan itu akan membawa kepada kehancuran. nauzubillahiminzalik~

  3. setitik kasih.. secakir sayang.. selaut cinta.. sehelai harapan.. dengan nama yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang… percayalah si bunga yang tidak pernah berlopak.. lihatlah sekelilingmu.. kasih,sayang,cinta & harapan sentiasa ada utk pada mereka yg percaya.. izinkanlah kelopakmu mekar tanpa rasa.. insyallah..

  4. ini gadisBunga yang lain atau yg dah sy kenali di blog yg satu lg ya?

    • hi cik betty. sampai gak sini. lama dah kot tak update blog ni. feeling jiwang kurang la sekarang.πŸ™‚

      for your info, GB sini adalah sama dgn GB sana. cuma sini tempat nak jiwang2. lebih kepada tempat meluah perasaan sendiri.

      sana, lebih universal. terima kasih ye sudi singgah.πŸ™‚

  5. Azira said:

    GB, sy suka baca blog ni. Rs mcm baca novel. Terharu.
    Sy doakan agar GB mnjd seorang yg tabah dlm melalui dan meniti ranjau kehidupan ini.
    Jgn pedulikan apa ckp org luar..asalkan GB tau siapa GB sbnrnya.
    Wokkeh..jgn sedih2 lg tau!

    • hi azira! alamak…segan la pulak. but thank you so much sebab sudi baca blog ni. tempat luah perasaan yang last resort lah sebenarnya. nak buat novel tak mampu lagi.. heheh~

      insyaAllah i’ll be stronger person. thanks for the du’a.

      ada juga kebaikannya bila kita tulis apa yang kita rasa. sebab from time to time they can be our reminder bila kite lost atau blur.

      keep on coming ya. TQ.πŸ™‚

  6. hi BG.. ada blog jiwang rupnya..

    Sejujurnya, kita tak perlu risau tidak mempunyai pasangan.. saya ramai rakan seusia yang belum mempunyai pasangan dan belum berkahwin.. Walaupun saya tau jiwa mereka kosong.

    Bukan mudah nak mencari seseorang yang boleh bersama kita dalam susah dan senang, apatah lagi untuk keakhir hayat..

    Semoga GB tabah ye..

    • hi farmys,

      ini blog sekali sekala meluah perasaan saja. heheh.

      tapi makin tahun, umur makin meningkat, byk anggapan yg terpaksa kita telan dari org sekeliling hanya sebab belum bertemu jodoh.

      dah jadi mcm bahan eksperimen pulak. haha. takpelah. Allah Perancang Terbaik.πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: