Ini belog jiwang gB yerrr…

Apabila tersangkut dalam kesesakan trafik, pelbagai emosi akan merasuk diri saya Jika saya sudah berjanji dengan seseorang tetapi lambat disebabkan trafik yang sesak, saya mudah kelam kabut. Dan kelam kabut itu bertukar menjadi marah. Tambahan pula jika kenderaan yang sama-sama tersangkut menunjukkan sikap samseng dengan memotong barisan dan tidak memberikan laluan kepada kereta saya walaupun sepatutnya memang giliran saya. Marah makin marak setelah saya sudah menggunakan laluan alternatif malah sanggup membayar tol, tetapi akhirnya di hujung perjalanan sesak juga.

Ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Sungai Buluh pada malam berhujan lebat beberapa minggu lepas, saya sepatutnya sudah sampai di rumah sejam lebih awal dari itu. Saya keluar awal dari pejabat semata-mata mahu sampai awal ke rumah. Harapan saya supaya dapat meloloskan diri dari kesesakan lalu lintas yang paling kemuncak. Tetapi malam itu saya ditakdirkan untuk bermesra dengan kesesakan lalu lintas yang sangat mencabar keimanan.

Dalam situasi begitu saya akan terfikirkan perancangan awal yang terpaksa dileburkan demi mengalah kepada situasi itu. Tidak mengapalah. Saya cuma mahu sampai awal di rumah. Tetapi orang lain yang berada di dalam kenderaan-kenderaan lain apa pula agaknya cerita mereka?

Mungkin ada yang merancang untuk pulang awal untuk membawa ibu pergi membeli belah. Atau perancangan untuk minum bersama kawan-kawan yang bakal berangkat ke luar negara selama beberapa tahun. Atau mahu mengejar tayangan wayang gambar bersama teman yang sudah terlebih dahulu tiba di lokasi. Atau mungkin niat untuk pulang kembali ke pejabat setelah melawat tapak projek disebabkan tertinggal barang. Berkemungkinan ada yang hampir sembelit kerana menahan perut. Atau hampir pengsan kerana menahan kencing. Atau mahu melawat ibu yang sakit di hospital. Atau isteri yang telah sarat dan hampir bersalin. Atau seorang bapa yang telah berjanji untuk membawa keluarganya makan di luar lantas telah berpesan kepada isterinya supaya jangan masak untuk makan malam. Atau ada kenderaan yang hampir kehabisan minyak. Atau temujanji bersama klien penting yang menjanjikan komisen lumayan. Atau mahu pergi ke lapangan terbang, takut ketinggalan kapal terbang.

Dalam sunyi keseorangan di dalam kereta sendiri, banyak lagi jiwa di sekeliling yang sama penting dengan jiwa sendiri. Sesungguhnya hidup bukan hanya sekadar dan berkisarkan tentang ‘aku’. Bersabarlah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: