Ini belog jiwang gB yerrr…

Sejak kebelakangan ini saya lihat kes buang bayi terlalu berleluasa. Dengan mudah bayi yang dilahirkan dibunuh, ditinggalkan, dibuang. Malah apabila ada yang sanggup men’tong sampah’kan bayi-bayi ini, minda saya sudah tidak mampu menjangkau lagi tentang apakah sebenarnya yang terjadi.

Dalam banyak-banyak yang dibuang, ramai yang mati. Syukur Alhamdulillah. Kerana mereka sudah semestinya tidak mampu bertahan, dan sesungguhnya Allah jua yang Maha mengetahui. Kemungkinan juga mereka lebih rela mati dibakar daripada memegang amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini tetapi akhirnya amanah itu dipijak-pijak sehingga manusia kelihatannya lebih hina dari binatang.

Kepada yang hidup, mereka sedang meneruskan legasi untuk sesuatu yang sebenarnya tidak dapat saya bayangkan. Bukan hendak menidakkan hak bayi-bayi luar nikah ini dan meletakkan mereka sebagai perosak, tetapi dalam situasi yang mana jumlah mereka terlalu ramai, masa depan kita sebenarnya di dalam tangan mereka. Sama ada kita sedar atau tidak, mengaku atau tidak, mereka adalah bakal pelapis kepimpinan negara.

Gerun memikirkan bakal anak-anak kita nanti jodohnya entah dengan siapa. Entah dari tong sampah mana. Entah siapa ibu dan bapanya. Walaupun jodoh sendiri belum tentu entah bila, tetapi saya tidak mampu menahan diri dari memikirkan tentang semua ini.

P/S: Tak sabar menunggu datangnya kiamat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: