Ini belog jiwang gB yerrr…

Beberapa hari yang lalu saya terdengar ramalan kaji cuaca di radio. Diramalkan cuaca panas dan kering akan melanda sepanjang bulan Ramadhan, manakala hujan lebat dijangka turun pada minggu pertama bulan Syawal. Kebetulan cuaca pada hari itu memang sangat panas dan kering. Kulit saya terasa perit walaupun penyaman udara dipasang pada paras paling minimum. Saat terdengar ramalan kaji cuaca itu saya membayangkan betapa seksanya berpuasa dalam cuaca yang berterusan seperti itu. Dan malamnya juga bahang panas telah membuatkan lena saya terganggu.

Sehinggalah saya terjaga pada waktu awal pagi esoknya. Hujan. Namun suhu udara tetap panas suam. Sangka saya hujan ini adalan hasil proses normal pemelewapan siang tadi akibat panas melampau maka turunnya pada waktu itu juga hanya sekadar proses biasa dan kemungkinan hanya gerimis dan berlaku untuk jangka masa yang sekejap sahaja.

Namun sangkaan saya meleset. Pagi itu hujan terus turun walau adakalanya berhenti jua. Tetapi agak mengejutkan apabila menjelang tengah hari, hujan menjadi bertambah lebat. Turunnya beserta angin kencang yang seakan ribut. Dan berpanjangan sehingga ke malam malah lebih keras lagi. Jalan-jalan mengalami kesesakan trafik yang amat luar biasa dan saya sendiri tersangkut di dalam kesesakan trafik dari Lebuhraya Persekutuan sehingga ke Jalan Sungai Buluh selama lebih dari dua jam.

Tuhan sedang menunjukkan kekuasaannya yang tidak terbanding oleh akal manusia. Bagaimana suatu ramalan kaji cuaca oleh manusia boleh termusnah dalam masa yang sekejap cuma. Bumi sedang memberi kita suatu amaran. Bumi sudah muak dengan kita. Dan selayaknya kita yang cuma menumpang di atasnya perlu berhati-hati.

Comments on: "Bumi Sedang Membenci Kita" (4)

  1. DrSinga said:

    sebab kita tak sayang bumi kita…..

  2. Bumi tak suka kita atau kita yang tak sayang bumi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud